Contact Us:

670 Lafayette Ave, Brooklyn,
NY 11216

+1 800 966 4564
+1 800 9667 4558

Cara masukkan kaedah pembayaran

MyVKad menyediakan ruang untuk anda menyenaraikan kaedah pembayaran bagi servis atau bisnes anda. Ia sangat berguna terutamanya untuk pelanggan Kedai WhatsApp anda yang ingin membuat pembayaran kepada anda jika anda tidak membuat Bayar Tunai Sewaktu Terima (COD).

Antara kaedah yang anda boleh senaraikan adalah melalui Pindahan Bank (Bank Transfer), Paypal.me, menerusi borang ToyyibPay dsb.

Kaedah pembayaran pindahan bank

Untuk contoh ini, kita gunakan Maybank sebagai kaedah Pindahan Bank:-

Setelah anda selesai menambah link dan ciri-ciri dalam page sebelum ini dan mengklik butang ‘Submit & Next’, anda akan dibawa ke page ini:

*klik gambar untuk besarkan*

Kaedah bayaran melalui Paypal.me

Paypal.me adalah servis yang disediakan oleh Paypal untuk memudahkan anda menerima dan mengirim wang dengan cara anda berkongsi link Paypal.me anda. Pendaftaran adalah percuma sahaja. Cuma daftar Paypal.me -> dapatkan link anda -> kongsikan link anda untuk menerima wang. Semudah itu sahaja!

Anda boleh mendaftar di sini -: https://www.paypal.com/welcome/signup?country.x=MY&locale.x=en_MY

Sesudah mendaftar, salin (copy) link Paypal.me anda untuk kita gunakan sebentar lagi.

*klik gambar untuk besarkan*